Hari ini dah taktau nak masak lauk ape, pegi pasar tadi nampak perut lembu, apa lagi, sambar la 1/2 kilo. Cukupla kot utk makan dua orang jer. Mama cadang nak masak sambal tumis perut lembu..rasanyer la nama resepi ni, dah lupa. Resepi ni blajo dr mak mertua..hihiikk.thank u mak!
SAMBAL TUMIS PERUT LEMBU
Bahan-bahan:
1/2 kilo perut lembu (basuh ngan limau nipis dan rebus)
3 biji bawang merah ( tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci kunyit hidup (tumbuk)
sedikit ikan bilis (tumbuk)
3 biji cili padi ( tumbuk)
minyak untuk menumis
sedikit air
Cara-cara:
1. BErsihkan perut lembu ngan limau nipis kemudian rebus dan toskan.
2. Potong kecil dan ketepikan.
3.Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing.
4. kemudian masukkan perut lembu tadi, gaul rata.
4. kemudian masukkan perut lembu tadi, gaul rata.
5. sekiranya terlalu kering ,masukkan sedikit air.
6. perasakan dan hidangkan .
sedap dimakan panas-panas...yummy,... cubalah..
No comments:
Post a Comment