Welcome to My Blog

About Me

My photo
Seorang Isteri dan Mama kepada 2 adorable kids Siti Hawa Hazwani & Muhamad Danial..

Sunday, March 22, 2009

KARI




haaa... mari-mari!! Mari makan kari Kepala ikan.... Hari ini mama masak kari kepala ikan jer..dah ikan-ikan lain cam tak tidur malam jer mata..merah menyala..tak de selera mama nak beli. Jadi abah Rosli beli ler kepala ikan dalam 1/2 kilo jer. Ala..cukup ler anak beranak... ni ler resepinyer.. mudah jer..



KARI KEPALA IKAN

bahan-bahan:
1/2 kilo kepala ikan. (ikut le kepala ikan aper pun janji kepala jgan insang sudah!)
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
3 sudu besar cili kisar
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 sudu besar rempah kari ikan ( mama guna jenis Baba's)
santan ( 1 biji kelapa )
1 keping asam keping ( leh gak guna air asam jawa)

cara-cara:
1. bersihkan kepala ikan.
2. panaskan minyak, tumis bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. kemudian masuk
bahan kisar, kacau hingga naik bau.
3.masukkan rempah kari,asam keping, kacau rata dan masukkan sedikit santan.
4. masukkan kepala ikan, tutup dan biarkan sebentar.
5. bila dah renih, masuk lebihan santan tadi dan biarkan didih.
6. perasakan dan hidangkan.

Simple jer mama masak, main campak-campak jer..nak cepatkan..baby selalu wat hal bila time masak... Selamat mencuba!!


Friday, March 20, 2009

makan perut???!!!

Hari ini dah taktau nak masak lauk ape, pegi pasar tadi nampak perut lembu, apa lagi, sambar la 1/2 kilo. Cukupla kot utk makan dua orang jer. Mama cadang nak masak sambal tumis perut lembu..rasanyer la nama resepi ni, dah lupa. Resepi ni blajo dr mak mertua..hihiikk.thank u mak!




SAMBAL TUMIS PERUT LEMBU
Bahan-bahan:
1/2 kilo perut lembu (basuh ngan limau nipis dan rebus)
3 biji bawang merah ( tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 inci kunyit hidup (tumbuk)
sedikit ikan bilis (tumbuk)
3 biji cili padi ( tumbuk)
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara:
1. BErsihkan perut lembu ngan limau nipis kemudian rebus dan toskan.
2. Potong kecil dan ketepikan.
3.Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing.
4. kemudian masukkan perut lembu tadi, gaul rata.
5. sekiranya terlalu kering ,masukkan sedikit air.
6. perasakan dan hidangkan .

sedap dimakan panas-panas...yummy,... cubalah..




dah berabuk dah....

Lama dah rasa mama tak jenguk bloga mama ni, dah barhabuk dah..iskh..maklumla.. sibuk la kononnyer..Tentang anak sedara mama si Adam Hakimi.. semoga selamat menjalani ujian mri tu, untuk makngah Shima plak.....yea! YEA! betul ke nak dapat adik? betul ke? betul ke? heeeheeehe....

Hari ini mama nak n3 masakan yg tak sempat itu hari.. Ikan Patin Masak Stim. Terpaksa guna ikan patin sebab ikan lain tak der tapi best gak...cuba la...



IKAN PATIN MASAK STIM



bahan-bahan:

1 ekor ikan patin ( bersihkan dan cuci ngan limau nipis tuk ilang hanyir)

1 labu bawang besar( mayang)

3 ulas bawang putih (mayang)

2-3 inci halia (hiris)

2 batang serai (hiris nipis)

serbuk asam masin

beberapaa biji asam boi

2 susu besar kicap masin

3 sudu besar sos tiram

sedikit gula dan garam



cara-cara:

1. bersihkan ikan guna limau nipis utk hilangkan bau hanyir, kalu ada bau lagi

bersihkan pulak guna tepung gandum.

2. kelar ikan patin tadi, kemudian lumurkan dengan garam dan gula.

3. panaskan kukusan, letakkan ikan dalam loyang atau pinggan yang sesuai, taburkan

bawang besar, bawang putih, halia, serai , kicap dan sos tiram.

4. masukkan serbuk asam masin, gaul dan jangan lupa masukkan gak dalam perut ikan

5.last sekali tabur asam boi, dan letak dalam kukusan, kukus hingga masak.

Friday, March 13, 2009

4th Anniversary....


Selamat Hari Ulangtahun yang ke 4


Hari ini 13hb mac merupakan hari ulang tahun perkahwinan mama yang ke 4. Tak sangka dah 4 tahun kami bersama...terasa baru jer kami berkahwin..ahaks!! Sempena ulangtahun ini..mama berdoa agar rumahtangga kami sentiasa di penuhi dengan perasaan kasih sayang, kemesraan, senda gurau, senantiasa sehati dan sejiwa serta tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan.




di hari perkahwinan kami pada 13hb Mac 2005



Ct Hawa Hazwani dan Muhammad danial

Kini kami bahagia bersama dua cahayamata tersayang....








Monday, March 9, 2009

TAG ketiga

Kali ni mama nak jawab tag yang ke 3 plak...

1. What were you doing 5 years ago
* kalau masa ni makngah shima dan en. Bob diijabkabulkan... mama plak tgh sibuk wat
persiapan utk majlis pertunangan ngan hubby mama..
* Dah tentu tgh sibuk wat persiapan sket2 utk majlis perkahwinan plak.. g shopping,
wat hantaran, kursus kahwin...kaaannn...
* pegi shopping beli kain langsir di Tangkak, Johor...ngan bakal mak n bapa mertua.. aduih!!!
* kena jaga kedai masa kenduri che bob...isk!! sedih2
*amik tempahan alas baki utk sedara abah.. seronok dapat duit....

2.What were the 5 things on your to do list today
* nak menjawab tag yang tak siap2 lagi nih.. bila dah jawab leeeegaaaa...
*nak ke pasar malam, beli makanan utk makan malam sebab hubby takder, outstation
malas nak masak...
*nak tido awal sebab esok kena bangun awalpagi, buka kedai.. mak n abah tak der g kenduri
kat Machang Kelantan...
* g kenduri kawin kat taman ni kang bila dah tutup kedai.. tak yah dah masak tghari hehee..
*apalagi ekk.. haaa..nak mandi!!!!...

3. What were the 5 snacks that you enjoy
* kerepek bawang - memang feveret mama ni...sejak kecik lagi..kalu ade ni kuih lain tak
layaaaaan...
* keropok lekor - nak-nak keropok rebus kat Marang sana sedap giler....
* sagun - masa kecik2 dulu selalu makan .. skang ni susah dah nak jumpe
* kerepek ubi pedas - smpai berair-air mata..tapi syiok maakan
* kacang botak - yang pedas la ..kalu tak, tak lakula kacang tu...

4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire
* mula-mula nak bayar semmua hutang2 lama..
* nak pegi Mekah, nak wat umrah n haji , nak bawak semua sekali ahli keluarga termasuklah
ipar duai dan mertua sekali....serta sedara mara...
* nak tolong member atau orang susah...
* nak buka butik, kedai dobi, spa, workshop..errr.. macam2 laaa.. duit byk kann...
*nak wat rumah banyak2 bagi semua kat sedara ke sapa yang nak umah...

5.Who are the 5 person you wanna tag
* tak de sapa yang mama nak tag... takper kan...

TAG kedua

Aduihhh!!! dapat lak tag dari makngah Shima..bukan satu, dua lak tu...tapi ini mama jawab satu dulu yang satu lagi nanti yer makngah .. paham2 la kalau baby tgh mengamuk ni..ahaks!



Apa yang ke-enam dari enam...




1. GO to your photos folder in your computer


2. GO to the 6th Folder of your photos

3. GO to the 6th photos in that folder

4. Put the picture on your blog & description of it


5. Invite 6 friends to join the challenge

6. Link them in your blog & let them know they have been challenge.




Ahaks! Gambar ni mama simpan sesaja je taktau plak dok dlm senarai ke 6 plak! Nak tak nak kena gak cerita. Gambar ni yang sebenarnya hubby mama yang lukis atas permintaan anak kesayangannya, Ct hawa. Mulanya abahnya malas nak layan...dah si anak asyik dok merengek jer...akhirnyer layan la jugak dlm keadaan malas..hahaaha... ini sebenarnyer gambar yang entah ke berapa abahnyer lukis...barulah ct hawa tu puas hati...katanya ' haa yang ni la macam muka kakak, abah!' macam-macam ragam la anak abah ni....

Tapi makngah, mama nak link kat sape ek? Macam mana ni...Sorang jer laa, bleh?Bleh arrr


Mama akan men'tag' mokde munirah!!!

Tuesday, March 3, 2009

Selamat Hari Jadi!!




Selamat hari jadi abang sayang....Hari jadi hubby mama jatuh pada 3hb mac...mama taktau nak hadiahkan apa utk dia..Apepun sambut jer dulu..pasal hadiah.. nantilaa....





Kita orang sambut sesama family jer...mama wat pulut kuning sket ngan kuetieu goreng jer..
Gambar nantilaa.. mama n3 yer..




SELAMAT HARI JADI ABANG SAYANG..





Sunday, March 1, 2009

ARRGGH...mama kena tag!

Aduuuih... tak hilang lagi penat mama dah di'tag' oleh pak ngah bob...ni gegara si makndak mija la..dah mama kena gak. Apepun thanks pakngah bob kerana memeningkan kepala mama utk menjawab soklan-soklan yg susah banget..kalah soklan stpm...
Layanlaa jawapannyer..err..berapa markah yang mama dapat cik bob?

1. I am isteri pada en.Rosly dan ibu kepada ct hawa n danial...




2. I really want to go to Pulau Sipadan...cantik wooooo....

3. My favourite place are\is my bedroom la....zzzzzz


4. My favourite thing is a chocolate laa....cadbury ke...

5. My favourite drink is fresh orange..



6. My favourite food is mee kari..yummyyy..

7. My Favourite Colour is BROWN


8. I live in Pekan, Pahang.. amik gambo muzium pekan dah takdop gambo bando...


9. I was born in Pekan Pahang


10. My collage.. tak pernah ke kolej pun..mama blajo takat STPM jer...

11. My favourite story is CSI dan sewaktu dengannyer....

12. My hobby is knitting. Mama memang minat kait mengait sampai leh lupa diri..

13. I wish for this dapur n oven skali...ahaks ngan rumah idaman