Welcome to My Blog

About Me

My photo
Seorang Isteri dan Mama kepada 2 adorable kids Siti Hawa Hazwani & Muhamad Danial..

Friday, March 20, 2009

dah berabuk dah....

Lama dah rasa mama tak jenguk bloga mama ni, dah barhabuk dah..iskh..maklumla.. sibuk la kononnyer..Tentang anak sedara mama si Adam Hakimi.. semoga selamat menjalani ujian mri tu, untuk makngah Shima plak.....yea! YEA! betul ke nak dapat adik? betul ke? betul ke? heeeheeehe....

Hari ini mama nak n3 masakan yg tak sempat itu hari.. Ikan Patin Masak Stim. Terpaksa guna ikan patin sebab ikan lain tak der tapi best gak...cuba la...



IKAN PATIN MASAK STIM



bahan-bahan:

1 ekor ikan patin ( bersihkan dan cuci ngan limau nipis tuk ilang hanyir)

1 labu bawang besar( mayang)

3 ulas bawang putih (mayang)

2-3 inci halia (hiris)

2 batang serai (hiris nipis)

serbuk asam masin

beberapaa biji asam boi

2 susu besar kicap masin

3 sudu besar sos tiram

sedikit gula dan garam



cara-cara:

1. bersihkan ikan guna limau nipis utk hilangkan bau hanyir, kalu ada bau lagi

bersihkan pulak guna tepung gandum.

2. kelar ikan patin tadi, kemudian lumurkan dengan garam dan gula.

3. panaskan kukusan, letakkan ikan dalam loyang atau pinggan yang sesuai, taburkan

bawang besar, bawang putih, halia, serai , kicap dan sos tiram.

4. masukkan serbuk asam masin, gaul dan jangan lupa masukkan gak dalam perut ikan

5.last sekali tabur asam boi, dan letak dalam kukusan, kukus hingga masak.

1 comment:

Shima Sulaiman said...

Mana ada nak dapat adik...tunggu kak long plak start hahahha ke mandak ke, mokde ke, makteh ke...nak rehat dulu n settlekan hal abg Adam nih dulu..