Puding ni sebonar yo den dah buek minggu lopas, ttapi dek kerana lupo, hari ni la baru den sempat n3. Sebenornya lagi mama cilok resepi dari blog kak umi ktn nun, Puding Laici Dangdut, tapi bila dah sampai ketangan mama, laici ke mana.. dangdut ke mana...kahkahhkiok! mama guna buah koktail jer dah laici takder...jaji menjadi...tq kak umi...memang best.. tak muak pun...Nak resepinya nanti mama n3 semula baby dah ngamuk-ngamuk dah...ok
PUDING LAICI DANGDUT
bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk/ 1peket agar biasa 28gm
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici - asingkan air( mama guna fruit cocktail)
1 tin susu cair
cara-cara:
1. masukkan air dan agar-agar, masak hingga hancur.
2.masukkan gula, biarkan didih dan gula larut. Tutup api.
Jika guna agar-agar biasa, tapiskan dahulu.
3. masukkan air laici bersama susu cair. kacau rata.
4. tuangkan dalam acuan, sejukkan dalam peti ais.
5. Hiaskan dengan buah laici...









